Hotel Zenith Putrajaya menggabungkan kemewahan dengan kepelbagaian fungsi secara harmoni. Mula beroperasi pada tahun 2019, Hotel Zenith Putrajaya memiliki ciri-ciri tersendiri setiap satu bilik mempunyai keindahan pemandangan Tasik Putrajaya, Masjid Putra, dan Jambatan Wawasan. Terletak betul-betul di tepi Tasik Putrajaya, hotel 5 bintang ini menawarkan 253 unit bilik-bilik tetamu dan suite, dan satu unit spa. Dengan 7 jenis kamar yang tersendiri, termasuk kamar Presidential Suite yang mewah, hotel ini memenuhi pelbagai keperluan tetamu.
Tarikan utama hotel ini terletak pada pemandangan Putrajaya yang memukau, apatah lagi jika dilihat dari Sky Bar di tingkat 13 pada waktu petang hingga ke malam. Sesuai dinikmati pada masa matahari terbenam sambil bersantai dengan pelbagai jenis koktel, tapas, dan canapes. Antara lain, hotel ini turut menyediakan 11 unit bilik untuk kegunaan mesyuarat dan persidangan, di samping satu dewan besar sesuai untuk menganjurkan sebarang bentuk acara dan persidangan yang gilang-gemilang.