TOURISM PUTRAJAYA

Studio Wetland Putrajaya

Studio Wetland Putrajaya merupakan taman tema didik hibur yang berpaksikan teknologi untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dan pemeliharaan hidupan liar. Terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu taman berpaya air tawar buatan manusia terbesar di kawasan tropika, Studio Wetland Putrajaya menampilkan pelbagai animatronik dan replika spesies menarik yang terdapat di Bumi. Melalui pengalaman fizikal dan maya, pengunjung akan diberi pemahaman saintifik yang menarik tentang pelbagai spesies hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok, bunga, dan lain-lain serta cara-cara air memainkan peranan utama dalam menyokong ekosistem kehidupan di Bumi. Studio Wetland Putrajaya mengetengahkan persembahan kandungan kreatif dalam bentuk watak-watak animasi, audio, dan video yang ditayangkan melalui sistem hologram, paparan interaktif, realiti terimbuh, dan realiti maya menggunakan teknologi terkini. Di pameran ini, turut disediakan spesies reptilia dan mamalia yang telah pupus serta haiwan-haiwan terancam dalam bentuk animatronik dan replika.

Gallery