TOURISM PUTRAJAYA

Tangga Putrajaya

Dicipta sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya, pembinaan Tangga Putrajaya merupakan destinasi menarik yang memikat hati pelancong. Terdiri daripada 250 anak tangga, tangga ikonik ini dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda Putrajaya di Taman Putra Perdana. Dengan inspirasi daripada tangga terkenal di seluruh dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine, dan Batu Caves di Malaysia, Putrajaya Steps pula berketinggian 30 meter serta panjang pendakian sejauh 200 meter. Jalur pejalan kaki ini membentang dari Dataran Putra melalui Laman Perdana, mendaki ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana, dan seterusnya ke Hotel Pulse Grande.

Sambil menikmati panorama yang menakjubkan, pengunjung dapat merasai keindahan Putrajaya dengan cara yang unik melalui pengalaman mengujakan mendaki tangga.

Selain menjadi tarikan yang memukau, Putrajaya Steps dilengkapi dengan struktur dan kemudahan yang membolehkan pengunjung terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, rekreasi, dan bersantai. 

Gallery