TOURISM PUTRAJAYA

Taman Putra Perdana

Detik permulaan Putrajaya diabadikan di sini, iaitu daripada sebuah estet ladang sawit bernama Prang Besar, kepada pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Taman Putra Perdana yang berkeluasan 62.4 hektar dan terletak di titik tertinggi di Presint 1 berperanan sebagai penampan antara zon semulajadi di utara dengan pejabat dan ruang komersial di Selatan dan Timur. Di pusat taman ini tertanam kapsul masa yang menceritakan sejarah pembentukan Putrajaya. Tarikan utama taman ini ialah Mercu Tanda Putrajaya, monumen pertama yang dibina bagi memperingati penubuhan Putrajaya pada 1995. Dua bangunan ikonik - Istana Melawati dan Hotel Grande Pulse - terletak bersebelahan taman ini. Tarikan-tarikan termasuk taman herba, trek joging, taman bunga, dan gazebo.

Gallery