Menjadi salah satu mercu tanda di sepanjang Persiaran Perdana. Di sebelah baratnya terletak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan di sebelah timur merentasi Persiaran Perdana terletaknya Istana Kehakiman. Direka bentuk sebagai kompleks yang mempunyai ruang-ruang bersaling kait yang mencerminkan kewujudannya yang berbeza di Presint 3. Bangunan ini adalah tafsiran kontemporari bagi seni bina tradisional Islam. Ciri utamanya ialah pintu masuk atau gerbang dengan ruang pemandangan awam di tingkat paling atas yang memberikan pemandangan yang menakjubkan, termasuklah Istana Kehakiman dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Gerbang tersebut juga menjadi tempat yang memberikan kelebihan untuk melihat perarakan sepanjang Persiaran Perdana.
Dewan Seri Melati merupakan dewan yang berkeluasan 7,642 kaki persegi dan dapat memuatkan kapasiti 370 kerusi dalam satu masa. Dewan ini ditempah bagi kegunaan majlis perkahwinan, acara rasmi kerajaan/ agensi, program, bengkel, kursus, ceramah dan lain-lain. Tempahan dewan ini dilengkapi dengan 1 unit PA Sistem, 2 unit microfon, 1 unit rostrum, dan juga pentas mudah alih bersaiz (16X24) kaki.
Dewan Seri Siantan merupakan dewan yang berkeluasan 15,190 kaki persegi dan dapat memuatkan kapasiti 1700 kerusi dalam satu masa. Dewan ini ditempah bagi kegunaan majlis perkahwinan, acara rasmi kerajaan/ agensi, program, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya. Tempahan dewan ini dilengkapi dengan 1 unit PA Sistem, 2 unit microfon, 1 unit rostrum, dan juga pentas mudah alih bersaiz (16X24) kaki.
Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin merupakan dewan yang berkeluasan 13,368 kaki persegi dan dapat memuatkan kapasiti 800 kerusi dalam satu masa. Dewan ini ditempah bagi kegunaan acara rasmi kerajaan/ agensi, program, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya. Tempahan dewan ini dilengkapi dengan 1 PA Sistem, 2 unit microfon, 1 unit rostrum, LED Skrin dan juga pentas. Bermula 1 Januari 2024 nama Auditorium Cempaka Sari telah ditukar kepada Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin yang merupakan Tokoh Korporat Dan Mantan Presiden Perbadanan Putrajaya Yang Pertama.
Dewan Seri Seroja merupakan dewan yang berkeluasan 5,750 kaki persegi dan dapat memuatkan 500 kerusi dalam satu masa. Lokasi dewan yang terletak di dalam Bangunan Chancery Diplomatik Presint 15 ini ditempah bagi kegunaan majlis perkahwinan, acara rasmi kerajaan/ agensi, program, bengkel, kursus, ceramah dan sebagainya. Tempahan dewan ini dilengkapi dengan PA Sistem, 2 unit microfon, rostrum, dan juga pentas tersedia.