Taman Rimba Alam terletak di antara Presint 14 dan 15 di bahagian timur Putrajaya, bersempadan dengan Presint Diplomatik dan kawasan kediaman. Taman ini memadukan ekosistem hutan tropika dengan anak-anak sungai yang mengalir dan kemudahan taman versatil, termasuklah denai semulajadi, pelantar tinjau, dan kawasan perkelahan. Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dinikmati di sini seperti aktiviti mencari harta karun, orienteering, berjoging, berbasikal lasak, lawatan berpandu, dan memerhati burung.