TOURISM PUTRAJAYA

Taman Wawasan

Berkeluasan 137 ekar di Presint 2, Taman Wawasan bercirikan bentuk muka bumi yang meninggi sedikit, membenarkan para pengunjung menikmati pemandangan Putrajaya daripada pelantar tinjau Taman Metropolitan. Kagumi mercu-mercu tanda ikonik seperti Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Taman Wawasan juga mempunyai Aqua Plaza (Plaza Air) dan Pantai Kerikil (Pebble Beach) yang menyatu dengan landskap taman ini. Pelbagai aktiviti riadah sesuai dijalankan di Taman Wawasan adalah berjoging, berkelah, berbasikal dan sebagainya.

Gallery