TOURISM PUTRAJAYA

Taman Warisan Pertanian

Taman Warisan Pertanian merupakan tempat yang mempamerkan pembangunan pertanian komersial negara sejak zaman berabad-abad lalu, termasuklah tanaman seperti pokok getah, kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan, herba, dan rempah-ratus. Meliputi lebih daripada 14.4 hektar di sebelah selatan Presint 16 dan mengandungi lebih daripada 170 spesies pokok terletak, taman ini dibahagikan kepada pelbagai bahagian yang merangkumi pokok buah-buahan tropika sebagai tarikan utama, herba dan rempah-ratus, tanaman komersial, laman padi, kelapa sawit, dan kebun pokok getah. Selain menarik untuk dikunjungi, Taman Warisan Pertanian juga memberikan pengalaman pendidikan di mana pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman bertani yang dikendalikan oleh fasilitator taman, seperti menoreh dan memproses getah dalam suasana kampung. Terdapat juga pelbagai tarikan lain di sini termasuk kompleks pelawat, medan selera, dusun, trek herba dan rempah-ratus, plot getah, dan geladak tinjau yang menghadap pemandangan indah Putrajaya. Tambahan pula, pakej jelajah malam juga ditawarkan di taman ini bagi pengunjung yang ingin meneroka taman pada waktu malam.

Gallery