TOURISM PUTRAJAYA

Taman Pancarona

Berbanding taman-taman lain di Putrajaya, taman seluas 16.8 hektar ini cukup unik kerana dilengkapi dengan kemudahan sukan yang paling komprehensif. Ini termasuklah stadium bola sepak bersaiz separuh Olimpik dan gelanggang untuk futsal, bola keranjang, bola tampar, bola jaring, dan sepak takraw selain trek joging dan stesen senaman.

Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam, Kompleks Sukan Taman Pancarona merupakan tempat popular untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan hari keluarga bagi warga Putrajaya. Stadium mini dan ruang duduk terbuka berteres mampu menampung sehingga 1,000 penonton pada bila-bila masa.

Memandangkan taman ini dibayangkan sebagai taman mesra orang kurang upaya, tanjakan direka bentuk dengan cerunan lembut, membolehkan pergerakan pejalan kaki yang lancar di seluruh taman, sesuai untuk semua jenis keupayaan.

Gallery