Dikenali sebagai "ibu kota burung-burung bandar" dan menjadi destinasi utama Urban Birding, Taman Wetland Putrajaya menawarkan lebih daripada 200 spesies burung. Terdapat pelbagai jenis burung seperti burung belatuk, burung matahari, dan burung pucong. Para pengunjung dapat mengamati dan merakam bilangan spesies burung melalui menara tinjau yang setinggi 18 meter atau dengan berjalan di sepanjang denai alam semula jadi di Taman Wetlands Putrajaya, Taman Botani, dan Taman Rimba Alam.
Menikmati kehijauan alam semula jadi sambil didamaikan dengan bunyi unggas dan kicauan burung adalah pengalaman yang mempesonakan. Urban birding merupakan daya tarikan menarik dalam ekopelancongan yang boleh dinikmati dengan mata kasar, menggunakan peranti visual seperti teropong dan teleskop, atau sekadar mendengar kicauan burung sahaja.