Nikmati pengalaman yang mengasyikkan dengan mengagumi 20 mercu tanda utama Putrajaya, antaranya Masjid Putrajaya, Istana Darul Ehsan, Jambatan Wawasan, Monumen Alaf Baru, Istana Kehakiman dan Jambatan Putra, sambil melayari tasik yang tenang menggunakan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. Pengunjung boleh memilih mod pelayaran sama ada menaiki bot persiaran berhawa dingin bersama 70 penumpang lain atau perahu gondola yang menawarkan perjalanan yang lebih intim dan romantik yang didatangkan dalam kapasiti empat atau enam tempat duduk. Cruise Tasik Putrajaya juga menyediakan pakej Dine@Cruise, suatu pengalaman umpama menjamu selera di restoran mewah 5 bintang sambil menikmati perjalanan yang menawan di sekitar tasik.