TOURISM PUTRAJAYA

Pantai Floria

Pantai Floria menjadi tarikan utama sejak dibuka rasmi pada 1 Mac 2022. Beroperasi dari jam 9:00 pagi sehingga 6:30 petang setiap hari, pantai sepanjang 100 meter itu dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa. Selain berjemur, tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di sepanjang pantai Tasik Anjung Floria, termasuk memancing, berkayak, memandu bot kawalan jauh, dan berkelah. Pantai ini mudah diakses dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesan dan keperluan pengunjung, termasuk sebuah kafe untuk penunggang basikal, surau, tandas awam, dan kemudahan tempat letak kenderaan yang luas. Sama ada mencari pengembaraan atau sekadar mencari ketenangan, Pantai Floria menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua.

Gallery