TOURISM PUTRAJAYA

Anjung Floria

Terletak di dalam Presint 4, Anjung Floria Putrajaya menawarkan gabungan tarikan yang menarik, termasuk Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi, Bustan Inggeris dan Persisiran Heliconia. Dengan landskap yang dirancang dengan teliti, jambatan mini yang menawan, dan paparan bunga yang berwarna-warni, taman ini permai buat mereka yang mencari tempat untuk berekreasi. Selain itu, Anjung Floria Putrajaya merupakan tapak bagi pesta taman Royal Floria Putrajaya, sebuah acara tahunan yang gah. Di samping daya tarikannnya sebagai lokasi pesta, Anjung Floria Putrajaya adalah pilihan yang popular bagi peminat kecergasan kerana ia menawarkan ruang yang mencukupi untuk pelbagai aktiviti seperti joging dan berbasikal.


Gallery