TOURISM PUTRAJAYA

Kompleks Sukan Air Putrajaya

Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA) menawarkan pelbagai aktiviti seperti sukan lumba dayung, luncur air dan wakeboarding. Selain menjadi tempat latihan untuk bakal atlet, KOSA juga merupakan destinasi yang popular dalam kalangan warga tempatan. Kolam renang bersaiz Olimpik di kompleks ini menjadi tumpuan utama, terutamanya pada hujung minggu. KOSA juga mengadakan sesi khas untuk wanita serta menyediakan kolam mandi khas untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Terdapat juga kemudahan bilik persalinan, restoran, dan tandas bagi keselesaan pengunjung.

Gallery