Taman Cabaran Putrajaya merupakan destinasi pilihan untuk pencinta sukan ekstrem sejak pintunya dibuka pada tahun 2010. Terletak di Presint 5, taman yang merangkumi kawasan hijau seluas 46.73 hektar ini menawarkan pelbagai kemudahan sukan. Antara tarikan utamanya ialah kompleks sukan mendaki tertutup, kompleks sukan luncur, Thrill Park (laluan denai basikal MTB/Bike Park) yang menjadi tempat popular bagi peminat basikal MTB, dan amfiteater yang merupakan kawasan dataran terbuka sesuai untuk kanak-kanak dan pengunjung amatur untuk berlatih dan berseronok.