TOURISM PUTRAJAYA

Taman Ekuestrian Putrajaya

Terletak di pinggir Taman Puncak Selatan (berhampiran PICC) adalah pusat ekuestrian bertaraf dunia Putrajaya yang dikenali sebagai Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP). Taman seluas 70 ekar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian untuk para peminat sukan berkuda, daripada peluang untuk orang awam menunggang kuda hinggalah ke pertandingan, lawatan ke kandang kuda, dan kelas menunggang. TEP pernah menganjurkan acara ekuestrian dan dressage seperti Pertunjukan Kuda Siri Piala Perdana pada 2006 yang menarik lebih daripada 30 kelab antarabangsa dan tempatan ke Putrajaya, di samping menganjurkan pusingan kelayakan Piala Word Asia FEI, SUKMA dan Sukan SEA.

Gallery