TOURISM PUTRAJAYA

Food Truck Hotspot Presint 2

Food Truck Hotspot Presint 2 terletak di tengah-tengah Putrajaya, berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Jambatan Wawasan, Cruise Putrajaya, dan bangunan-bangunan kerajaan. Kawasan ini sentiasa hidup dengan pelbagai trak makanan yang menawarkan pelbagai menu yang menggiurkan. Antara juadah yang boleh pengunjung nikmati termasuk mi bandung, takoyaki, ice blended, ayam goreng, hidangan barat, char kuetiau, nasi lemak, nasi kerabu, dan pelbagai lagi, semuanya mampu menambat selera. Food Truck Hotspot Presint 2 beroperasi dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Gallery