Putrajaya Food Truck Hotspot terletak berhampiran Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14. Food Truck Hotspot ini menyediakan sekitar 300 menu makanan dan minuman dari tradisional hingga ke makanan barat untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat lebih daripada 300 jenis menu yang disediakan di sini, termasuklah piza, takoyaki, roti keju, kebab, tortilla, roti arab, dan coconut shake yang pastinya memikat selera para pengunjung. Kawasan makan ini juga menyediakan kemudahan awam untuk memudahkan para pengunjung seperti tempat letak kereta yang luas, surau yang selesa dan tandas awam yang bersih.