Putrajaya menawarkan pelbagai aktiviti hiburan dan rekreasi terutamanya di Marina Putrajaya yang terletak di tepi tasik Presint 5. Sebagai satu-satunya pusat rekreasi yang dibuka kepada orang ramai, Marina Putrajaya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, sama ada untuk berenang di dalam kolam tertutup, menghadiri majlis perkahwinan, mesyuarat, atau persidangan di salah satu daripada empat dewan serbaguna di sini sesuai memenuhi setiap keperluan pelanggan. Marina Putrajaya turut dilengkapi dengan kemudahan gimnasium, studio aerobik, dan bilik sauna - semua di bawah satu bumbung