TOURISM PUTRAJAYA

Kompleks Seri Perdana

Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar negeri dan orang ramai. Dibina pada 1997 di atas tapak seluas 42.5 ekar, bangunan yang mengagumkan ini diselaraskan dengan bentuk muka bumi semula jadi atas bukit, menzahirkan teras konsep Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Dalam Taman. Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah. Terdapat beberapa bahagian tertentu di Seri Perdana yang dibuka kepada umum seperti Blok Protokol dan Blok Bankuet.

Gallery