TOURISM PUTRAJAYA

Astaka Morocco Pavilion Putrajaya

Apabila anda berkesempatan melawat Taman Botani, jangan lupa untuk singgah sebentar di Astaka Morocco. Gabungan yang mengagumkan antara tiang, gerbang, dinding mozek, halaman air pancut, dan panel kayu yang sarat dengan ukiran berjaya menghasilkan suasana astaka Maghribi yang tipikal. Tekstur, warna, permainan antara cahaya bayang-bayang, termasuklah aroma tersendiri, membangkitkan suasana persekitaran yang romantis dan mempesona, sesuai untuk merenung dan bertafakur.  

Adiguru kraf dari beberapa kampung di Maghribi telah menghasilkan seni halus bagi siling, tiang, dan dinding astaka. Para artisan yang mewarisi kemahiran dalam hasil kerja jubin mozek, pertukangan kayu, dan plaster gipsum turut menyumbangkan kepakaran mereka bagi menyempurnakan mempersembahkan struktur yang indah ini. Terdapat juga sebuah taman yang terjaga di tapak ini bagi menambahkan kecantikan astaka ini.

Gallery