TOURISM PUTRAJAYA

Menara Putrajaya Holdings


Menara  Putrajaya  Holdings (Menara PJH)  yang bersebelahan  dengan  Menara  Seri  Wilayah  adalah  harta  milik Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., pemaju Putrajaya. Bangunan moden ini direka bentuk oleh perunding tempatan arkitek Jafri Merican Sdn. Bhd. Menara PJH merupakan bangunan hijau premium yang menerima pensijilan emas GBI. Terdiri daripada 12 tingkat pejabat, termasuk podium runcit, dan terletak berdekatan pinggir Tasik Putrajaya,  menara ini direka dengan orientasi utara dengan ram menegak  untuk  kawalan solar yang lebih baik. Orientasi tersebut juga dipercayai dapat menghasilkan kecekapan solar, pemandangan yang bagus, serta memaksimumkan kawasan lantai. Bangunan ini juga diperakui oleh MDEC sebagai Pengurus Pusat Siber MSC untuk Putrajaya Presint 2,3 dan 4 dan turut menempatkan inkubator, ruang kerja berkongsi, dan sebagai hab permulaan bagi usahawan teknologi maklumat.

Gallery