TOURISM PUTRAJAYA

Kompleks Perbadanan Putrajaya- IA


Menjadi salah satu mercu tanda di sepanjang Persiaran Perdana. Di sebelah baratnya terletak Masjid Besar dan di sebelah timur merentasi Persiaran Perdana terletaknya Istana Kehakiman. Direkabentuk sebagai kompleks yang mempunyai ruang-ruang bersaling kait yang mencerminkan kewujudannya yang berbeza di Presint 3. Bangunan ini adalah tafsiran kontemporari bagi seni bina tradisional Islam. Ciri utamanya ialah pintu masuk atau Gerbang dengan ruang pemandangan awam di tingkat paling atas yang  memberikan  pemandangan  yang  menakjubkan,  termasuklah  Istana  Kehakiman  dan  Masjid Besar.  Gerbang tersebut juga menjadi tempat yang memberikan kelebihan untuk melihat perarakan sepanjang Persiaran Perdana.

Gallery