TOURISM PUTRAJAYA

Festival Ramadan Putrajaya.

Festival Ramadan Putrajaya atau ringkas FRP bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai pusat sehenti menjual juadah
berbuka puasa dan barangan keperluan hari raya. Terdapat 6 Komponen dalam penganjuran Festival Ramadan
Putrajaya iaitu :
i. BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA
• Merupakan antara bazar Ramadan popular di Malaysia.
• Menghimpunkan sehingga lebih 1,000 jenis menu juadah
berbuka puasa.
• Jumlah peniaga seramai 700 orang.
• Diadakan di lima (5) lokasi di Putrajaya iaitu:
➢ Presint 3 (285 tapak),
➢ Presint 9 (50 tapak),
➢ Presint 11(100 tapak),
➢ Presint 14 (135 tapak) dan
➢ Presint 16 (120 tapak).
• Ia beroperasi bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024, dari jam
3.00 petang hingga 8.00 malam. 
ii. ANJUNG SYAWAL
• Antara bazar aidilfitri terbesar di Lembah Kelang
• Penyertaan lebih 250 peniaga jualan keperluan hari raya.
• Beroperasi 4 hari lebih awal dari tarikh 1 Ramadan 1444H iaitu
pada 8 Mac hingga 9 April 2024, jam 12.00 tengahari hingga
12.00 tengah malam.
• Jualan Pra- Ramadan - menawarkan program Jualan Pra Ramadan seperti Jualan Rahmah, Back to school dan lain lain.
• Komponen baru “healing station” (Khemah lutsinar dan
berlampu) disediakan di kawasan Anjung Syawal untuk
pengunjung berbuka puasa. 
iii. KIBLAT WALK DAN LAMAN IFTAR
• Menyediakan 20 lot niaga juadah berbuka puasa
• Kemudahan kerusi meja berkonsep kafe luaran di
perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.
• Suasana santai ini telah menjadi tarikan pengunjung berbuka
puasa bersama famili dan rakan-rakan.

iv. LAMAN BERBUKA PUASA.
• Merupakan kawasan lapang padang rumput dihadapan
Kompleks Perbadanan Putrajaya telah menjadi lokasi
tumpuan dan ikonik pengunjung berbuka puasa dalam
suasana berkelah dan santai.

v. FOOD TRUCK RAMADAN
• Menyediakan pilihan kepada pengunjung yang berkunjung ke
Anjung syawal untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

vi. PENTAS UTAMA FRP2024
• Merupakan pentas utama yang menyediakan kemudahan
paparan LED bagi menampilkan pengisian kerohanian
sepanjang 30 hari Ramadan.
• Aktiviti bermula pada jam 5.00 petang hingga 7.00 malam dan
bersambung semula selepas solat terawih.
• Pengisian pentas utama FRP2024 akan dilaksanakan dengan
kerjasama Tik Tok Malaysia selaku rakan strategik media
sosial dan Geng Surau Putrajaya.
• Antaranya menampilkan pendakwah selebriti dan Meet &
Greet bersama Tik Tok Content Creators/Influencers.

V. KEMUDAHAN SOKONGAN
• Kawasan sekitar PPj yang dihias indah dan ceria dengan
lampu-lampu pelbagai warna supaya para pengunjung dari
pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dapat merasai
suasana yang meriah, santai, lepak dan piknik bersama
keluarga dan kawan-kawan.
• Kemudahan-kemudahan seperti tempat solat seperti Masjid
atau bilik sembahyang untuk pengunjung Muslim menunaikan
solat Maghrib ataupun solat Terawih secara berjemaah
sesudah berbuka.
• Selain itu, kemudahan tempat letak kereta, tandas, bank,
kerusi meja yang disediakan menjadikan Kompleks PPj ini
mesra pengunjung dan menjadi tarikan kepada pengunjung
luar untuk datang ke Putrajaya.
S2 Kelainan yang dibawa oleh Perbadanan

Gallery