TOURISM PUTRAJAYA

Hotel Dorsett Putrajaya

Terkenal dengan layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik, Hotel Dorsett Putrajaya terletak begitu strategik di Presint 3, Putrajaya. Dengan menampilkan 308 unit bilik tamu yang digarap dengan pelbagai elemen Asia pada rekaan dalamannya, hotel 4 bintang ini memenuhi keperluan penginapan buat tetamu yang datang untuk bermalam atas tujuan santai mahupun urusan kerja.

Bagi menjanjikan keselesaan yang optima, setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi, kamar mandi, keperluan mandian, dan katil yang empuk dan selesa. Bagi memenuhi keperluan kulinari pula, hotel ini juga menyediakan restoran berkonsep terbuka di tingkat 3, menyediakan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa yang pastinya memikat selera. Hotel ini turut menyediakan 7 bilik mesyuarat dan satu dewan besar, sesuai untuk sebarang majlis dan acara.

Selain itu, tetamu hotel juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan lain untuk tujuan rekreasi, termasuklah gimnasium di tingkat atas dan kolam renang infiniti dengan pemandangan tasik yang menakjubkan.

Gallery