TOURISM PUTRAJAYA

Madu Kelulut Presint 9


Dikendalikan oleh komuniti setempat di Presint 9, yang terdiri daripada golongan warga emas, kawasan seluas 0.5 ekar ini menghasilkan lebih daripada 50 log kelulut. Program ini bermula sejak tahun 2008 dan merupakan inisiatif berasaskan komuniti di bawah Local Agenda 21 Putrajaya. Kebun Kelulut Komuniti ini telah meraih beberapa anugerah yang disokong oleh Pertubuhan Perancang Bandar Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Lanskap Malaysia. Malah, ia pernah disenarai pendek untuk Anugerah Commonwealth Planning Awards 2021. Program Pertanian Bandar di Presint 9 Putrajaya turut melibatkan penanaman buah tembikai wangi dalam rumah hijau (Green House). Kolaborasi yang berjaya dengan MARDI serta sokongan dana dari Local Agenda 21 Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan memperkukuhkan keberhasilan program ini.

Gallery