Jenama yang popular menyediakan penginapan berkonsepkan pangsapuri dengan khidmat layanan hotel, Mercure Living, sesuai buat semua pelancong dan tetamu yang ingin menetap lebih lama. Hotel Mercure Living Putrajaya merupakan premis sulung jenama ini di Malaysia dan berada tidak jauh dari kawasan membeli-belah di Putrajaya. Hotel ini menggabungkan penataan moden sambil mementingkan ciri-ciri keselesaan.
Hotel ini merupakan struktur yang tertinggi di Putrajaya dengan binaan setinggi 36 tingkat dan 299 unit bilik yang serba lengkap dengan perabot dan keperluan asas penginapan, menawarkan pemandangan panorama bandar Putrajaya.
Tetamu yang menginap di sini boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti kolam renang infiniti seluas 52 meter, pusat kecergasan dengan rekaan terkini, gelanggang badminton, dan spa. Selain itu, hotel ini turut menyediakan 6 bilik mesyuarat yang elegan berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, menjanjikan penganjuran acara dan majlis yang tidak dapat dilupakan.