Selain menjadi hab sukan air yang ikonik yang menjanjikan pelbagai rekreasi yang menyeronokkan, kelab ini juga menyediakan ruang yang luas dan sesuai untuk menganjurkan pelbagai acara dan majlis. Setiap sudut bahagian di kelab ini mencetuskan inspirasi, dari lobi hingga ke tepian tasik, termasuk bilik mesyuarat yang selesa dan berhawa dingin. Anda boleh sesuaikan majlis anda mengikut citarasa, keperluan dan perbelanjaan anda. Terdapat pelbagai program tahunan yang dianjurkan oleh kelab untuk ahli dan juga orang awam. Dengan keluasan ruang yang mampu memuatkan sehingga 110 orang tetamu dalam susunan meja bulat, kelab ini sesuai untuk pelbagai jenis majlis dan acara. Kelab Tasik Putrajaya turut menawarkan pakej hari keluarga bagi badan korporat dan kerajaan lengkap dengan fasiliti sukan.