TOURISM PUTRAJAYA

Jambatan Seri Saujana

Jambatan yang mencetuskan revolusi ini berjaya menggabungkan dua teknik kejuruteraan berbeza, iaitu gerbang dan kabel-penyangga, yang pertama seumpanya di dunia, sekaligus merakamkan detik kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan negara ini. Sebagai penghubung antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 7, lokasi Jambatan Seri Saujana sangat strategik di pintu masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan melalui jalan B15 yang telah dinaik taraf dan lebuhraya KL-KLIA. Jambatan ini dikawal oleh parameter rekabentuk untuk menampakkan struktur futuristik yang ramping dan anggun, dengan panjang keseluruhan mencapai 300 meter dan lebar keseluruhan 32 meter. Jambatan Seri Saujana merupakan keindahan seni bina yang tidak hanya melengkapi landskap Putrajaya tetapi juga menyerlahkan dimensi kejuruteraan moden.

Gallery