TOURISM PUTRAJAYA

Taman Cahaya Putra Perdana

Terdapat sebuah taman indah yang terletak di puncak tertinggi Presint 1 yang dikenali sebagai Taman Cahaya Putra Perdana. Ia meliputi kawasan dari Hotel Pulse Grande sehingga Mercu Tanda. Taman seluas lima ekar ini diilhamkan daripada konsep "Avatar: Secret Garden". Kanopi pokok dan landskapnya dihiasi dengan sekurang-kurangnya 15 jenis lampu LED yang berbagai jenis seperti fibre, mesh, fairy lights, grapevine ball, meteor, dan lain-lain. Sejak pembukaan taman tersebut, ia sudahpun menjadi destinasi popular dalam kalangan orang ramai, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Gallery