TOURISM PUTRAJAYA

Jambatan Seri Bestari

Jambatan ini merentasi tasik dan persiaran, menyambungkan Presint 16 sebelah timur dan Wisma Putra di sebelah Pulau Utama. Perkara yang unik bagi jambatan ini ialah gerbang di bawah jambatan yang tirus dan jelas kelihatan. Geladak jambatan ini dapat menampung kabel komunikasi dan eletrik serta paip air berdiameter 400 milimeter, yang terselindung di bawah jambatan. Jarak rentasan utama ialah 60 meter panjang dan dua rentasan bersebelahan dengan 35 meter setiap satu dan dua rentasan berukuran 11.3 meter, menjadikan panjang keseluruhan jambatan 152.6 meter. Terdapat jalanraya dua hala dua lorong, garis tengah tiga meter, lorong pejalan kaki, dan trek basikal.

Gallery