Keunikan jambatan ini terletak pada kedudukannya yang strategik dan ketirusan "kaki" jambatan ini menjadikan bentuk tiang sambut ini seolah-olah seperti satu laluan gerbang yang terapung. Jambatan ini menghubungkan Presint 4 di Pulau Utama dan Presint 19. Kedudukannya di hujung tenggara Persiaran Perdana membuatkannya satu mercu tanda serta menjadi jalan utama ke Pulau Utama dari arah tenggara. Reka bentuk jambatan mengandungi lapan rentasan sepanjang 30 meter di antara garisan tengah tembok.