Jambatan Seri Ehsan mempunyai kepanjangan 280 meter dibina bagi memudahkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Putrajaya. Ia menghubungkan Presint 4 dengan Presint 19. Jambatan ini - merupakan jambatan Putrajaya yang ke-9 - bertujuan mewujudkan laluan alternatif dan memendekkan masa perjalanan menghubungkan Presint 1 hingga Presint 5. Jambatan Seri Ehsan menyediakan enam lorong: tiga lorong keluar dan tiga lorong masuk ke Presint 4. Ketinggian jambatan adalah sembilan meter dari permukaan air dan boleh dilalui oleh bot persiaran di bawahnya.